Friday, February 22, 2008

Arkib Sebulan

18 Januari 2008
Perbincangan telah dijalankan pada tarikh tersebut untuk membincangkan tentang kertas cadangan yang akan dihantar pada 22 januari 2008. Tajuk yang telah kami pilih ialah "Green Accounting System" dan isu-isu yang berkaitan telah dibincangkan. Di akhir perbincangan tersebut, kami telah memutuskan untuk berjumpa dengan Dr Azlan Amran, untuk mendapatkan pandangan dan sumber dari beliau berkaitan dengan tajuk kami. Perjumpaan tersebut telah ditetapkan pada 21 januari 2008

21 Januari 2008
tepat pukul 10 pagi,kami telah menemui Dr. Azlan Amran untuk membincangkan dengan lebih lanjut berkaitan tajuk dan tanggungjawab sosial syarikat disebabkan oleh beliau mempunyai pengkhususan di dalam tanggungjawab sosial syarikat.Pelbagai isu telah dibincangkan dan beliau telah bermurah hati untuk meminjamkan buku berkaitan dengan "Green Accounting System" sebagai rujukan dan panduan buat kami. Perbincangan berakhir pada pukul 10.50 pagi. Di sebelah malamnya pula, kami telah menyiapkan kertas cadangan yang akan dihantar pada keesokkan hari.

22 Januari 2008
kami telah agihkan kerja dengan mengagihkan komponen-komponen yang terdapat di dalam buku yang telah dipinjamkan oleh Dr. Azlan Amran untuk membuat "literature review".

30 Januari 2008
Setiap ahli kumpulan telah menghantar email kepada Creative and Presentation Manager iaitu Zairina Lubis Nordin untuk menggabungkan setiap hasil kerja kami berkaitan dengan "Trends Mapping" untuk dihantar keesokkan harinya.

2 Februari 2008 - 21 Februari 2008
- Cuti pertengahan semester
-Minggu Peperiksaan Pertengahan Semester

22 Februari 2008
Mengemaskini Weblog kami dengan memasukkan komponen-komponen yang perlu supaya setiap pengunjung Weblog kami dapat mendapatkan sedikit maklumat berkaitan dengan projek yang sedang kami jalankan.